Tuesday, September 2, 2008

50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah

Menyusun sirih didalam puan

Sambil menunggu tepi perigi

Menjunjung kasih kami ucapkan

Kepada Tuanku payung negeri



Setiap negara yang berdaulat pastinya berbangga mempunyai seorang Raja atau Sultan yang dianggap sebagai payung negeri. Tugas Sultan walaupun tidak seperti pada zaman pra Kolonial, peranannya masih dikehendaki, pandangan perlu dihormati dan kedaulatan tidak diragui.

Sebagai rakyat jati Kedah, pastinya saya berasa bangga kerana Kedah sejarah Kedah adalah lebih lama jika dibandingkan dengan sejarah Melaka. Kerajaan Kedah Tua adalah bukti terdapat sistem pemerintahan yang lebih awal.

Setiap kali melihat wajah Tuanku Sultan di kaca TV, hati berbunga gembira..ada yang menganggap ini sebagai sifat terlalu kenegerian, tetapi tidak sebenarnya. Mengenali Tuanku Sultan secara peribadi adalah jauh sekali, cuma beberapa kali berada dihadapan Tuanku dengan jarak dua kaki..itupun semasa menerima hadiah di sekolah :o dan semasa menerima sijil..oh ya, yang tidak dilupakan pastinya semasa perbarisan Hormat Diraja, dimana Tuanku Sultan berdiri memberi tabik hormat betul-betul di hadapan dan semasa memeriksa barisan, Tuanku berhenti dan bertanya dua soalan. Pada masa tersebut kesemua protokol hilang entah ke mana kerana terlalu gementar.

Apabila berlangsung istiadat rasmi yang melibatkan raja-raja di Malaysia, pastinya Sultan Kedah kelihatan paling menarik untuk ditatap dengan gaya duduk kedua-dua kaki dihalakan ke sebelah.

Alangkah bagusnya jika peranan Raja-raja Melayu sekarang bukan sekadar ketua untuk upacara keagamaan malah meliputi keseluruhan seperti zaman dahulu kala sebelum dijajah.