Friday, April 11, 2008

Flat Seberang Perak...dahulu

Satu-satunya flat kos rendah yang terdapat di kawasan ini adalah Flat Seberang Perak yang mempunyai 2 blok (A & B) dengan ketinggian empat tingkat, dua bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan yang sempit, dapur yang kecil serta tong sampah yang 'wangi'. Flat ini mudah dicari kerana kedudukannya di jalan mati, sekiranya kita dari simpang berdekatan Restoran Bunga Tanjung lama, hanya teruskan perjalanan dan sampailah ke flat usang ini.



Flat ini dibina pada tahun 70an di atas tapak yang asalnya kawasan memproses papan. Menurut ceritanya, banyak kejadian aneh semasa kawasan ini digunakan untuk memproses papan, ada yang terlihat kelibat manusia yang keluar dari lapisan kayu-kayu.. :-()



Flat ini kebanyakkannya dihuni oleh golongan berkeluarga, pada masa tersebut tinggal di rumah yang sedemikian tinggi merupakan satu kelebihan jika dibandingkan dengan kami yang tinggal hanya di rumah papan. Flat ini mempunyai kemudahan laluan masuk yang minimum dan jumlah tempat letak kereta yang hanya sedikit dan padang permainan yang disediakan juga adalah hanya ala kadar.

Tetapi pada masa tersebut aktiviti kejiranan di kawasan ini amat menarik, dimana Persatuan Belia 4B agak begitu aktif dengan pelbagai aktiviti seperti lawatan (biasanya ke Tanjung aka Pulau Pinang), ceramah dari jabatan polis serta pertandingan nyanyian yang semestinya mendapat sambutan hangat dari bakat-bakat yang terpendam...:-) Salah seorang yang selalunya akan menyertai pertandingan ini adalah Bakar Pulut, dan lagu pilihannya semestinya lagu-lagu 60an... Disebabkan banyak aktivit seperti ini serta gaya hidup masyarakat pada masa tersebut, boleh dikatakan penghuni disini saling mengenali...siapa yang tidak kenak dengan Pak Hitam, dia bukannya tua, bahkan masih remaja tetapi terkenal kerana perangai dan sifat nakalnya..malah sanggup menaiki van yang membawa mayat berbangsa Cina semata-mata untuk mendapat upah....

Seorang lagi penghuni yan dominan adalah gadis bernama Farid yang agak kurang siuman, beliau tinggal bersama keluarga di Blok B dan setiap malam akan melambai dan menjerit memanggil ...'abang.....!!!!' kepada kapal terbang yang menghala ke lapangan terbang Kepala Batas, tetapi satu perkara yang menarik mengenai Farid adalah sifat baik hatinya, tetapi kerana seringkalil diganggu oleh budak-budak kecil yang nakal, Farid dilihat seperti ganas apabila beliau membaling batu... :-(

1 comment:

Bunga mawar said...

Saya kenal farid tu..sbb pernah tinggal di sana untuk beberapa tahun