Tuesday, April 8, 2008

Korban Sungai

Mengikut sejarah perbandaran di negara Eropah dan juga di negara kita, sungailah selalunya menjadi titik permulaan sesebuah bandar, lihat sahaja Seine River di Paris yang masyhur dan banyak lagi bandar di dunia yang semuanya bermula dipinggir sungai yang merupakan nadi pengangkutan.

Sungai Kedah juga merupakan laluan utama pengangkutan pada masa dahulu, bukan setakat itu sahaja sungai ini berfungsi malah turut menjadi 'death zone' buat mereka yang patah hati, mabuk dan sebagainya yang tidak dapat dijelaskan.

Jika sesiapa anak jati dari sana pasti sinonim dengan cerita-cerita korban sungai pada hujung tahun pada lewat 80an dahulu. Ada yang kata 'sungai nak cari orang'...apa-apa pun yang pasti setiap hujung tahun ada sahaja mayat kembung dijumpai di permukaan sungai, di bawah jambatan atau dibawah rumah yang menganjur ke dalam sungai.

Pada suatu hari di tahun 80an, anak jiran kami (Cikgu Mara) memberitahu ibunya bahawa ada patung terlekat dibawah rumah mereka, bila diperiksa rupa-rupanya mayat seorang lelaki India yang sudah kembung..cerita tersebut heboh dalam sekelip mata, dan kami budak-budak yang tidak berapa berani ini dengan pantas menjadi P.I untuk memastikan sendiri bahawa patung tersebut adalah sebenarnya mayat..dan kami sanggup menunggu jip polis dari Balai Polis Alor Setar mengangkut mayat tersebut, masih terbayang sehingga ke hari ini kakinya yang kejung di atas jip polis...ada yang membuat andaian bahawa mungkin si mati mabuk..seperti mangsa yang lain....

Terdapat satu lagi kisah tragis yang pastinya akan diingati sampai bila-bila bagi kami disini, apabila enam orang pemuda menjadi korban dalam masa sehari, kisahnya bermula pada tahun 80an juga, enam orang anak muda menaiki sampan menyusuri Sungai Kedah pada waktu petang, entah macamana sampan yang dinaiki karam dan salah seorang penduduk di Flat Seberang Perak (Allahyarham Jit) tampil membantu, tetapi malangnya yang dibantu bukan lagi bernyawa, kelima-lima mereka telah lemas...tetapi syukur seorang lagi sempat diselamatkan..Ajal Maut Di tangan Tuhan...orang yang membantu juga menjadi statistik korban pada hari tersebut..maka terjadilah hari yang Tragis di Seberang Perak apabila enam mangsa terkorban dihujung tahun (ini menguatkan lagi mitos tentang korban di bulan Disember)..

Keesokkannya ramai yang memenuhi kawasan ini meratapi pemergian mereka, kami hanya memandang dari bawah pokok sukun yang besar bertentangan dengan surau, melihat satu persatu keranda diusung ke tanah perkuburan..memang menyayat hati...

No comments: