Wednesday, April 2, 2008

Tengkujuh

Musim tengkujuh sekarang sudah tidak menentu, tidak seperti 20 tahun dahulu dimana Ramalan Cuaca boleh dipercayai, tapi zaman sekarang semuanya boleh berubah dan berbeza-beza, 'global warming'...atau dah akhir zaman.

Seberang Perak adalah bersebelahan dengan Sungai Kedah, tetapi sepanjang 33 tahun (?..that old..?) hanya sekali kawasan ini dilanda banjir, itu pun semasa banjir besar melanda negara. Pokok-pokok nipah masih lagi menjadi penahan tebing dan pokok - pokok kiambang masih bertaut di permukaan sungai. Pada malam tersebut, dengan berbekalkan lampu suluh berwarna kelabu kami keluar meninjau kepantasan air sungai mengalir ke darat...dalam masa lebih kurang satu jam, air sudah memenuhi seluruh rumah dengan kedalaman 2 inci...mujurlah air tidak berganjak naik lagi, jika tidak habis semua barang perlu ditong sampahkan...

Dan itu merupakan pengalaman pertama dan terakhir banjir di sana, walaupun hujan lebat berjam-jam, Alhamdulillah jarang susah berlaku banjir disitu tidak seperti di Kuala Lumpur, yang kerap sekali dilanda banjir kilat.

Setiap kali hujan lebat pintu air di Empangan Jajar akan ditutup atau dibuka bergantung kepada situasi semasa dan isipadu air laut, kadang-kadang air Sungai Kedah meningkat tinggi dan dikhabarkan kerana air dari Siam (Thailand) mengalir banyak ke sini...

No comments: