Wednesday, April 2, 2008

Mukadimah

Assalammualaikum,
Niat dihati hendak mendokumentasi sejarah tentang tempat kelahiran ini sememangnya telah lama ada, bahan sedang dikumpul tapi masih belum mencukupi ..dan cara yang terbaik dan mudah adalah dengan menghasilkan blog seperti ini.

'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....'

Jika dilihat sekali lalu, tiada apa istimewanya tempat ini, Seberang Perak hanyalah sebuah perkampungan dipinggir bandar Alor Setar dan bersebelahan dengan Sungai Kedah yang mengalir lesu (meminjam tajuk buku Sasterawan Negara A.S Said). Sungguhpun begitu ia mempunyai sejarah serta kenangan buat mereka yang pernah lahir, tinggal, dibesarkan atau singgah sebentar...Disinilah lahirnya tokoh negara, penggiat seni dan pelbagai jenis manusia dengan pelbagai masalah dari ekonomi, masalah pendatang, masalah dadah dan gam serta masalah sosial remaja.

Blog ini bukan hanya mengungkit cerita lama, tetapi bakal mengetengahkan isu semasa untuk tatapan dan rujukan bersama.

Jika terdapat sebarang cadangan serta komen-komen membina, silalah dihulurkan untuk kebaikan semua pihak.

No comments: